Powered By Blogger

Wednesday, 27 May 2015

AWAS! bukan semua penggunaan ais sesuai mengurangkan bengkak






Amalan meletakkan bungkusan ketulan ais pada bahagian yang sakit sudah menjadi satu kebiasaan bagi sesiapa sahaja untuk kurangkan rasa sakit atau bengkak. Kaedah ini sesuai untuk luka seliuh, gigitan serangga, lebam tumpukan, tetapi……..


BUKAN untuk sakit gout!





Anda perlu tahu bahawa gout adalah berpunca daripada pembentukan kristal asid urik yang digelar “urate crystals” pada sendi-sendi, khasnya pada sendi ibu jari besar kaki yang mencetuskan serangan sel-sel darah putih yang menyebabkan keradangan yang digelar sakit gout.

Pembentukan kristal asid urik ini adalah seperti proses pembekuan. Jika anda masih ingat sains sekolah menengah itu. Semakin rendah suhu larutan, semakin senang berlakunya proses pengkristalan. Kesejukan ais boleh menghilangkan rasa sakit gout kerana ia melalikan saraf-saraf yang menghantar impulse sakit. Walaubagaimanapun, ia akan menambahkan pembentukan kristal asid urik yang lebih banyak lagi.










Ada masalah gout?
call/ whatsaap 019 9031353
tanya saya, zainudin.



Sunday, 24 May 2015

JANTUNG





1. Jantung adalah otot ciptaan Allah SWT yang paling kuat bekerja dalam badan. Saiz jantung sebesar penumbuk sahaja.

2. Tidak seperti otot pada mata, mulut dan lain-lain anggota badan, jantung bekerja siang dan malam tanpa henti. Jantung tidak mengenal erti jemu dan penat.

3. Ia mula berdenyut ketika fetus berusia 8 minggu dalam kandungan ibu.

4. Secara purata, jantung berdenyut sebanyak 2.5 billion kali dan mengepam hampir 50 juta gelen darah apabila kita mencapai usia 70 tahun.

5. Jantung berdenyut 100 kali seminit atau kira-kira 140,000 kali sehari. Jantung juga mengepam lebih kurang 1,900 gelen darah ke seluruh tubuh badan dalam jangka masa 24 jam.

6. Jantung umpama karburator kereta, di mana tanpa karburator, kereta tidak akan mampu untuk bergerak.

7. Denyutan jantung juga adalah di luar kawalan kita. Ia bergerak tanpa diminta dan berhenti tanpa disuruh.

8. Jantung mengalirkan darah ke seluruh badan dan juga kepada jantung itu sendiri.

9. Jantung mendapatkan bahan tenaga pukal berbentuk oksigen dan gula dari salur darah koronari pada permukaan jantung.

10. Tisu khas pada jantung yang di kenali sebagai 'pace-maker' adalah pengerak utama denyutan jantung.

11. Terdapat 3 salur darah koronari utama pada jantung kita yang mempunyai kebarangkalian tersumbat.

----------------" Kereta jika karburator rosak dan tidak boleh dibaiki, boleh diganti dengan karburator baru. Tetapi jantung kita, tiada galang gantinya. Pelihara dan sayangilah jantung kita dengan menjaga apa yang kita makan, jangan makan ikut nafsu, bersenam dan berikan jantung makanan jantung. Seperti mana kita menjaga sebuah kereta dengan mengantikan minyak enjin, menambah minyak brek bila dah kurang, pam angin tayar bila tayar dah mula kempis, servis kereta bila sampai masanya, cuci dan polish kereta supaya sentiasa cantik berkilat. Begitu jugalah penjagaan terhadap jantung kita malah sepatutnya lebih lagi. Jika kita sangat perihatin dengan penjagaan kereta, kita perlu lebih perihatin dengan jantung kita kerana tanpa jantung yang berdenyut, kita pasti sudah tiada di dunia ini. Wallahualam."---------




Ada masalah gout?
call/ whatsaap 019 9031353
tanya saya, zainudin.

Monday, 11 May 2015

Khasiat Pokok Pine Cypress



POKOK PINE CYPRESS







Merupakan produk hasil kajian intensif seorang sarjana muslim iaitu Dr. Muhammad Shakran Shuhatah dari Mesir, seorang gemologist dari Malaysia Dr Hisham bin Hashim dan seorang pakar etnologi Dr Hj Manan bin Embong . 

Kajian selama lebih dari 30 tahun ke atas mukjizat Nabi Nuh a.s iaitu spesies kayu bahtera atau dalam istilah farmakologinya disebut pine cypress menemukan dapatan yang menakjubkan. Penyelidikan ke atas fosil bahtera Nabi Nuh a.s yang terdampar di Bukit Al Judi itu sendiri telah mengejutkan ramai sarjana dan pengkaji.

Manfaat kesihatan yang terkandung di dalam kayu bahtera yang telah bertransformasi kepada fosil (bahagian atas bahtera) selepas lebih 6000 tahun terdampar di Bukit Al Judi ternyata sangat mengkagumkan.

PENEMUAN KAJIAN

Kajian tentang cypress ini menunjukkan bahawa spesies inilah yang paling ‘dekat’ dari sudut kandungan kimia dan fitokimia dengan kayu bahtera Nabi Allah Nuh a.s yang sekarang terdapat di Gunung Ararat sehingga mencapai 98% ketepatan. 

Mengikut catatan kajian Profesor Muhammad Shakran Shuhatah di Turki, besar lilitan (ukur lilit) cypress boleh mencapai 94 inci seperti yang pernah ditemui di sana. Jangka hayat pokok cypress ini boleh mencecah antara 25 tahun hingga 30 tahun. Ada yang menyebut bahawa pokok ini mampu hidup sehingga 250 tahun dengan mencapai 100 hingga 360 kaki dan ukur lilit sehingga 94 inci.
Pokok cypress bertepatan dengan ciri-ciri bahtera Nabi Allah Nuh a.s iaitu besar, keras serta mengandungi nilai perubatan dan farmaseutikal yang sangat tinggi. Pada hari ini, cypress lebih dikenali berbanding namanya di dalam kitab-kitab kuno.

Justeru, nilai perubatan yang ada pada spesies ini juga menepati nilai perubatan pada kayu bahtera asal walaupun tidak seratus peratus. Menurut Profesor Mohammad Shakran, hirisan batang iaitu antara kulit dan isi pokok cypress mempunyai kandungan antioksida dan phcynogenol iaitu sejenis kimia dan pada bahagian akar pula mengandungi monoterpenes yang boleh menghindari penyakit barah gusi, gigi, kencing manis, serta berupaya merawat penyakit ulser dan buah pinggang

Hasil kajian, mereka mendapati bahawa terdapat 7 spesies cypress yang menyerupai kayu bahtera Nabi Nuh a.s dan di antara 7 spesies tersebut, hanya satu sahaja yang menepati ciri-ciri sebenar kayu bahtera Nabi Allah Nuh a.s. Kayu tersebut adalah dari jenis PINE CYPRESS.



Ada masalah Gout?
Call / whatsapp 019 9031353
Tanya saya, zainudin

BAHAYA! Sakit Gastrik boleh membawa kepada Gout

Pada zaman moden kini, cara permakanan kita sudah banyak berubah jika berbanding dengan 30 tahun yang lalu, begitu juga dengan sumber makanan kita. Pada zaman dahulu, hampir semua makanan yang kita makan adalah jenis organik dan semulajadi. Lebih daripada 80% makanan kita pada ketika itu adalah terdiri daripada hasil tanaman seperti sayur-sayuran dan ubi-ubi.

Tetapi kini cara makan kita sudah menjadi semakin Ekspress. Kini sajian makanan kita sudah menjadi terbalik, kebanyakan daripada kita telah menjadi karnivor yang memakan daging lebih daripada sayur-sayuran. Ada yang sampai tidak sentuh sayur langsung!

Anda perlu tahu bahawa daging adalah jauh lebih susah untuk dicernakan jika berbanding dengan sayur-sayuran. Pencernaan makanan berprotein tinggi ini akan membebankan perut kita kerana kita telah memaksa ia untuk merembeskan lebih banyak jus gastrik. Lama kelamaan, perut kita sudah menjadi biasa untuk menghasilkan banyak jus gasrik dan pendedahan kepada jus gastrik yang sungguh berasid ini akan menyebabkan dinding perut menjadi semakin nipis.

Sakit gout adalah berkait langsung dengan cara pemakanan seseorang. Hampir semua pesakit gout adalah orang yang gemar makan daging. Maka, kemungkinan untuk golongan orang ini untuk mendapat kedua-dua sakit gout dan masalah gastrik adalah jauh lebih tinggi.


Ada masalah Gout?
Call / whatsapp 019 9031353
Tanya saya, zainudin

Sunday, 10 May 2015

Penawar GOUT daripada AIR ALKALI (PART II)


Air beralkali merupakan keperluan tubuh untuk kesihatan yang optimum sepanjang hayat manusia. Apabila bercakap tentang air minuman yang terbaik untuk tubuh, masih ramai yang belum mengetahui tentang hal ini. Ini kerana sebahagian besar pengetahuan kita hanya tertumpu kepada fungsi asas air minuman sahaja iaitu air sebagai penghilang dahaga, namun peranan air adalah lebih daripada itu.

Jika anda memerlukan air yang minuman yang terbaik, anda memerlukan air menyihatkan malah boleh memberikan kesan positif kepada kesihatan. Jawapannya ada pada air beralkali. Air alkali mengandungi kandungan mineral beralkali seperti kalsium, magnesium dan kalium yang baik untuk fungsi tubuh badan kita. Ia juga dapat menyeimbangkan paras keasidan dan kealkalian di dalam badan kerana ia berkait dengan tahap kesihatan.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa punca kita menghidap sesuatu penyakit adalah disebabkan kandungan asid yang tinggi di dalam badan yang boleh menyumbang kepada penyakit. Selain itu, tabiat pemakanan kebanyakan rakyat Malaysia seperti mengambil makanan segera dan air berkarbonat juga menyumbang kepada keasidan di dalam badan.

Kepentingan keseimbang pH

Organ dalaman manusia amat sensitif terhadap perubahan pH. Seperti contoh, plasma darah dan bendalir yang menyelubungi sel mempunyai pH 7.2 ke 7.45. Penurunan pH darah ke 6.9 akan menyebabkan koma atau berkemungkinan maut. Oleh itu, badan manusia telah dikurniakan dengan beberapa mekanisma untuk menyeimbangkan tahap pH dalam badan. Mekanisma tersebut dikenali sebagai “buffers”. Sistem buffers berupaya untuk mengikat ion-ion atau melepaskannya daripada bendalir apabila kepekatan bendalir itu meningkat atau mengurang, dengan ini badan kita akan berupaya untuk mengekalkan tahap pH yang optimum.

Kegunaan Am

Bahan-bahan toksid & kimia dalam daging, makanan laut, buah-buahan serta sayuran boleh dikurangkan dengan merendam dalam Air alkali.

Meningkatkan Sistem Metabolisma Badan

Air alkali berupaya untuk menghilangkan keletihan, meningkatkan daya imunisasi. Memang betul, Air alkali membekalan oksigen dalam air, kandungan molekul-molekul dalam airnya halus serta senang diserap oleh tubuh badan kita. Dalam erti kata yang mudah, mengantok dan keletihan pun boleh hilang.

Masakan

Masakan akan menjadikan lebih sedap, berkhasiat dan tahan lebih lama.

Minuman

Air alkali meningkatkan rasa asli dan lebih sedap diminum.




Kecantikan


Menggunakan air alkali untuk pupur-kupas, dapat mengekalkan kelembapan dan pH kulit dengan seimbang. Mencuci muka menggunakan air alkali  dapat menggurangkan jerawat dan bintik-bintik hitam.




Cucian

Molekul-molekul air alkali yang kecil senang meresap ke dalam daging dan makan laut, untuk mengurangkan bau hanyir, dan menambahkan kesedapannya apabila dimasak.

Memiliki kandungan oksigen yang tinggi sehingga dapat menguatkan sel serta organ tubuh

1. Meningkatkan daya tahan penyakit dan daya penyembuhan.
2. Bebas dari logam berat,kotoran terlarut,bahan kimia terlarut, kuman dan bakteria.
3. Mengandungi zat mineral yang diperlukan oleh badan.
4. Selamat diminum terus tanpa perlu dimasak dan tanpa kuasa elektrik.
5. Menapis 100% bahan pencemar dan 650 bakteria yang biasa terdapat didalam air yang tercemar
6. air alkali mempunyai khasiat dan tenaga unutk menjadikan makanan dan minuman lebih segar.
7. Nasi menjadi lambat basi, elok untuk diminum bersama ubat dan membuat air buah-buahan.
8. Lebih berkhasiat berbanding dengan air suling dan R.O.


Ada masalah Gout?
Call / whatsapp 019 9031353
Tanya saya, zainudin



Penawar GOUT daripada AIR ALKALI (PART I)








Apa itu air alkali?

Air alkali adalah air yang telah mengalami proses penambahan ion hidroksida iaitu (OH-) dan ion calcium ataupun oksigen dan ion mineral alkali seperti (sodium, potassium, magnesium dan calcium). Proses penghasilan air alkali ini akan meningkatkan kandungan mineral dalam air dan pH air akan meningkat tinggi sehingga 9.0-10.6 pH. Air alkali yang keluar dari penapis perlu diminum secepat mungkin atau dua hari selepas di tapis untuk mendapat kesan yang optimum. Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan. Air Zam Zam adalah air minuman yang terbaik kerana bersifat alkali dan mengandungi banyak mineral.


Kenapa Kita Perlukan Air Alkali ?


Air beralkali adalah berbeza dengan air yang biasa kita minum dimana air alkali mengandungi kandungan ion negative yang tinggi serta memiliki tahap didih, kepekatan dan ikatan molekul yang berbeza dengan air paip. Keadaan ini menyebabkan air alkali mampu menyerap masuk ke dalam sel 3 kali ganda lebih cepat berbanding air paip. Struktur molekul yang lebih kecil mampu meningkatkan proses pembuangan toksik yang lebih efektif.

Ion alkali iaitu (OH-) dan ion calcium adalah sumber anti-oksida yang sangat kuat dan apabila ia dalam bentuk cecair bahan ini mampu masuk terus ke dalam sel dan meneutralkan radikal bebas tanpa perlu mengalami proses metabolisma, tidak seperti pil vitamin C, vitamin E dan sebagainya.

Air alkali juga meneutralkan asid dalam badan dan menyeimbangkan pH badan iaitu (6.9 – 7.2). Badan kita memerlukan nisbah keadaan asid : alkali yang seimbang iaitu pada nisbah 4 : 1 ( 4 bahagian alkali dan 1 bahagian asid ) atau 80% alkali dan 20% asid. Makanan yang kita makan boleh terdiri dari asid atau alkali, dan makanan ini apabila di akhir proses penghazaman akan meninggalkan hampas ataupun yang dinamakan (end product). Hampas ini boleh terdiri dari alkali atau asid bergantung pada kandungan mineral yang terdapat dalam makanan.

Apabila badan kita melalui proses metabolisma, makanan tadi akan dibakar untuk mendapatkan tenaga dan sebahagiannya akan disimpan menjadi asid lemak dan asid lemak tadi disimpan di beberapa tempat biasanya dibahagian bawah kulit, peha, tisu dan organ. Apabila pengumpulan asid lemak ini berlebihan maka keadaan ini akan menggangu pH darah kita dan keadaan ini dinamakan asidosis.

Asidosis kemudiannya menggangu perjalanan sistem kelejar dan fungsi organ. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit. Asidosis akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti arthritis, darah tinggi, sakit kulit, dan penuaan. Ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang beralkali iaitu dengan nisbah alkali – asid 4:1 dan pengambilan air yang banyak.

Secara ringkasnya, khasiat-khasiat minum air minuman alkali berion adalah:

  • Membantu sistem perkumuhan menyahkan sisa metabolisme dan menjana oksigen untuk kecergasan.
  • Bertindak sebagai anti-oksida, menuetralkan radikal bebas (free radicals).
  • Bebas dari pencemaran dan kuasa penyerapan dalam badan adalah tinggi galian dalam bentuk ionik untuk memudahkan diserap dalam sistem penghadaman.
  • Menjana oksigen dengan limpahan tenaga untuk kecergasan.
  • Menyahkan toksik dalam badan.
  • Bertindak sebagai anti oksidan.
  • Kuasa penyerapan dalam badan adalah tinggi kerana molekul airnya halus dan kandungan mineral adalah dalam bentuk ion.
  • keseimbangan paras pH dalam badan untuk pembentukan sel-sel sihat.



Ada masalah Gout?
Call / whatsapp 019 9031353
Tanya saya, zainudin

GOUT boleh menjadi penyebab kepada PENYAKIT LAIN



Sakit gout akan menyerang penghidap tidak kira masa. Kesakitan yang ditanggung menyukarkan meraka untuk berjalan. Ada juga yang merungut sakit sehingga mencucuk-cucuk. Gout bukan penyakit sendi yang boleh diatasi dengan suntikan dan ubat tahan sakit atau biarkan sahaja sehingga rasa sakit hilang. Gout terjadi apabila Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’. Tophi akan tumbuh pada bahagian sendi manusia. Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.

Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:

KEGEMUKAN





DARAH TINGGI






HIPERLIPIDEMIA






DIABETES









Ada masalah Gout?
Call / whatsapp 019 9031353
Tanya saya, zainudin

JOM KENALI TANDA DAN GEJALA GOUT


Assalamualaikum w.b.t.







Adakah anda tahu apakah penyebab kepada terjadinya Gout? Sebelum itu, jom kita tengok peningkatan dan pengurangan asid urik dalam badan manusia mengganggu rutin harian yang mendatangkan masalah kepada kita. 



Peningkatan penghasilan asid urik mungkin disebabkan oleh:

  • Faktor keturunan tertentu yang mengakibatkan penghasilan purin yang lebih banyak
  • Sesetengah penyakit darah yang melibatkan peningkatan pemecahan sel, sesetengah penyakit kulit yang teruk dan sebagainya.

Pengurangan penyingkiran asid urik pula mungkin disebabkan oleh:

  • Penyakit ginjal yang berterusan.
  • Sesetengah ubat yang diambil, misalnya diuretik.
  • Pengurangan penyingkiran air dari badan dalam sesetengah penyakit, contohnya tekanan darah tinggi, kebuluran.

Tanda Dan Gejala - Gout Akut

Satu serangan akut bermula apabila terdapatnya peningkatan paras asid urik secara mendadak dalam darah. Apabila darah diuji, asid urik dalam darah didapati melebihi 420 milimol setiap liter (7mg setiap 100ml). Satu serangan akut boleh dicetuskan oleh berbagai-bagai faktor, misalnya pengambilan purin yang tinggi dalam diet, penggunaan alkohol yang berlebihan, tekanan, jangkitan, kecederaan sendi dan sesetengah jenis rawatan.

  • Serangan adalah secara mendadak dengan kesakitan, kemerahan dan pembengkakan yang teruk, biasanya pada tapak ibu jari kaki. Tapak jangkitan lain yang kerap dipengaruhi termasuklah sendi kaki, pergelangan kaki, lutut, pergelangan tangan dan jari. Jika tidak dirawat, serangan boleh berterusan selama beberapa hari atau minggu dan berhenti secara spontan. Serangan boleh berlaku semula secara bulanan atau tahunan.
  • Kemungkinan terjadinya loya, perut kembung dan kesakitan abdomen secara samar- samar.
  • Pengumuhan air kencing yang lebih banyak dan kerap.
  • Demam yang ringan mungkin terjadi.

Tanda Dan Gejala - Gout Kronik

Dalam kes yang kronik, hablur mononatrium urate termendak pada sendi, di sekeliling sendi, rawan telinga serta ginjal dan menyebabkan kerosakan yang berkekalan.

  • Pemendakan pada rawan telinga boleh menyebabkan pembengkakan yang keras yangm dikenali sebagai ‘tophi’.
  • Pada sendi, kemusnahan rawan dan hakisan tulang boleh menyebabkan kesakitan, kekakuan serta kecacatan sendi.
  • Kerosakan ginjal yang berterusan boleh menyebabkan pembentukan batu karang ginjal dan kegagalan ginjal.

Adakah anda ingin perkara ini terus membelenggu hidup anda dan keluarga tersayang?






Ada masalah Gout?
Call / whatsapp 019 9031353
Tanya saya, zainudin


Saturday, 9 May 2015

SAKITNYA TUH DI SINI BILA GOUT MENYERANG!

Assalamualaikum w.b.t







Penyakit Artritis ialah penyakit radang sendi. Penyakit ini merupakan suatu penyakit kronik pada sendi-sendi dan juga melibatkan beberapa organ-organ lain. Sebanyak 1-3% daripada penduduk seluruh dunia mengalami penyakit radang sendi. Manakala, penyakit Gout adalah sebahagian daripada penyakit arthritis. Arthritis yang membawa kepada Gout adalah disebabkan oleh hyperuricemia. 



Hyperuricemia ditakrifkan sebagai aras plasma urate (asid urik) melebihi 420 μmol/L (7.0 mg/dL). Hyperuricemia adalah sifat utama bagi penyakit gout. Walaubagaimana pun aras asid urik yang tinggi tidak semestinya bererti seseorang itu akan mengidap penyakit gaut. Apabila Hyperuricemia berlaku, asid urik akan berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit. Pemendapan asid urik ini lama kelamaan akan menghasilkan hablur garam atau jarum-jarum kristal pada sendi-sendi. Hablur-hablur inilah yang akan mencetuskan rasa sakit sendi. Ia juga dipanggil masalah bengkak sendi yang daripada tapak ibu jari kaki, menular ke sendi lain pada kaki dan tangan. Dan akhirnya, ia juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang yang dipanggil 'Kidney Stone'. Apabila gout menyerang, kaki akan menjadi bengkak (menghasilkan bengkak yang dipanggil 'Tophi'), panas dan amat sakit hingga ada sesetengah pesakit tidak boleh berjalan. 




Malah, kesakitan ini boleh berlanjutan beberapa hari dan hanya hilang dengan pengambilan ubat. Aras asid urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, type IV hyperlipidaemia, diabetes mellitus, ischaemic heart disease dan hypertension. Kadang kala, seseorang itu mewarisi kecacatan genetik dari keluarga mereka. Jadi, jika mewarisi kecacatan genetik dari keluarga kita, eloklah mengamalkan diet seimbang untuk mengelakkan paras asid urik dalam badan melepasi paras normal iaitu lebih dari 420 μmol/L (7.0 mg/dL).




Adakah anda inginkan kesakitan ini berlanjutan? Setiap penyakit ada penawarnya.




Ada MASALAH Gout?
sms/whatsapp/call : 019-903 1353
Tanya saya, Zainudin Daud

Friday, 8 May 2015

Macam mana nak RAWAT Gout?


Assalamualaikum w.b.t





Penyakit Gout adalah penyakit yang berpunca daripada Asik urik yang berlebihan. Kesakitan yang dialami oleh pesakit mempunyai pelbagai peringkat dan tahap kesakitan yang dialami. Apabila kesakitan gout yang dialami adalah sederhana, tidak kerap dan tidak serius, ia boleh dirawat dengan diet dan perubahan gaya hidup. Walau bagaimanapun, apabila serangan menjadi kerap, tahap asid urik adalah sangat tinggi, penghasilan batu karang, pembentukan tophi atau terdapat bukti keradangan sendi, ubat-ubatan adalah diperlukan untuk merawat penyakit ini. Jadi, terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan yang boleh mengawal kesakitan yang dialami.






Ubat Untuk Serangan Akut

>> Ubat anti-inflamatori bukan steroid
Ubat-ubat ini kerap digunakan untuk merawat serangan akut, misalnya diclofenac, indomethacin dan ketoprofen. Ubat-ubat ini diberi untuk melegakan pembengkakan dan kesakitan. (Catatan: Aspirin harus dielakkan kerana ia mengurangkan penyingkiran asid urik dari ginjal).

>> Colchicine
Ubat ini adalah berkesan untuk rawatan gout akut. Bagi pesakit yang mempunyai gout kronik yang kerap mengalami serangan, perubahan sendi atau paras asid urik yang tinggi, rawatan untuk jangka masa yang panjang diperlukan.

>> Corticosteroids
Ubat ini hanya digunakan apabila pesakit tidak dapat bertoleransi dengan ubat anti-inflamatori bukan steroid. Ubat ini hanya digunakan untuk tempoh yang pendek.

Ubat Untuk Rawatan Jangka Masa Yang Panjang

Ubat-ubat ini dicadangkan apabila pesakit mempunyai beberapa serangan gout akut atau apabila hiperurisemia adalah disebabkan oleh defisiensi sesetengah metabolik semulajadi.

>> Ubat uricosuric, contohnya probenecid dan sulphinpyrazone
Ubat-ubat ini meningkatkan penyingkiran asid urik dalam air kencing dengan menghalang penyerapan semula asid urik dalam ginjal.

>> Penyekat xanthine-oksidase, contohnya allopurinol-penyekat enzim
Allopurinol ialah ubat pilihan bagi pesakit tua dan pesakit yang mempunyai sejarah gangguan ginjal dan gout tophaceous. Ia menhalang pembentukan asid urik. Kedua-dua ubat tersebut tidak harus dimulakan ketika serangan akut tetapi beberapa minggu selepas serangan akut. Setelah dimulakan, ia harus diteruskan untuk mencegah serangan yang seterusnya.

Banyak ubat-ubatan yang boleh diambil untuk mengawal kesakitan yang dialami oleh pesakit Gout. Tapi Adakah ubat-ubatan tersebut mampu mengawal kesakitan yang anda alami untuk selamanya?




Ada MASALAH Gout?
sms/whatsapp/call : 019-903 1353
Tanya saya, Zainudin Daud

Tuesday, 5 May 2015

9 PERINGKAT SERANGAN GOUT YANG PERLU ANDA KETAHUI

Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat, Gelap, dan Mengalir

Dengan Perlahan




Peringkat Kedua: Kerap Rasa Letih dan Lesu. 

Kualiti Tidur Yang Tidak Bagus. 








Peringkat Ketiga: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. 

Persembahan Tidak Tahan Lama








Peringkat Keempat: Serangan Gout pada Ibu Jari Kaki atau Buku Lali








Peringkat Kelima: Serangan Gout Mula Merebak ke Lutut dan Tangan

Peringkat Keenam: Jari-jari Mula Mengeras dan Bengkok








Peringkat Ketujuh: Tofi Mula Menonjol Di Permukaan Kulit atau Bintik-bintik Kutikel Halus 

Muncul Di Sekeliling Cubing Telinga








Peringkat Kelapan: Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan 


Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder












Peringkat Kesembilan: Peringkat Terakhir?








JANGAN TUNGGU HINGGA KE PERINGKAT TERAKHIR 

BARU NAK BERUBAT!







APA ITU GOUT ?

Assalamualaikum w.b.t




Penyakit Gout adalah salah satu bentuk artritis yang diakibatkan oleh pengumpulan hablur asid urik pada sendi-sendi. Penyakit ini terlalu menyakitkan dan dalam kebanyakan kes hanya menjejaskan satu sendi khususnya ibu jari kaki. Istilah Gout berasal dari perkataan Latin "gutta" yang bermakna "setitis".

Pesakit yang mengidap gout mengalami peningkatan aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik atau gabungan kedua-duanya sekali. Asis urik yang tinggi dikaitkan dengan usia, obesiti, Hiperlipedemia Jenis IV, kencing manis dan darah tinggi.


Tanda penyakit Gout

  • Sakit yang melampau serta mengejut, bengkak, kemerahan dan kehangatan serta kekakuan pada sendi
  • Demam gred rendah.
  • Hablur-hablur dalam sendi mengakibatkan sakit keterlaluan ketika kawasan yang terjejas digerakkan
  • Keradangan tisu-tisu di sekeliling sendi juga mengakibatkan kulit menjadi bengkak dan sakit walaupun hanya disentuh dengan lembut.
  • Gout biasanya menyerang ibu jari kaki. Gout akan menjejaskan sendi-sendi lain seperti mata kaki, tumit, lutut, pergelangan tangan, siku, jari dan tulang belakang.
  • Gout boleh terjadi juga pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak disebabkan kecederaan dahulu yang mengakibatkan peredaran darah yang buruk.


Elakkan makanan berikut

  • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
  • Ikan bilis, kembung, sardin
  • Daging cincang
  • Ekstrak daging, ragi dan kiub rebusan daging
  • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang


Kurangkan Makan makanan berikut

  • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
  • Peanuts, lentil, beans dan peas
  • Roti jagung dan bijirin


Untuk pesakit gout di luar sana, anda dinasihatkan untuk jaga pemakanan bagi mengelakkan penyakit menyerang dan menjadi lebih kritikal. Anda juga dicadangkan untuk menjalani ujian dan pemeriksaan rapi. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, anda boleh mengambil supplement bagi mengurangkan kesan serangan gout.