Powered By Blogger

Friday, 8 May 2015

Macam mana nak RAWAT Gout?


Assalamualaikum w.b.t





Penyakit Gout adalah penyakit yang berpunca daripada Asik urik yang berlebihan. Kesakitan yang dialami oleh pesakit mempunyai pelbagai peringkat dan tahap kesakitan yang dialami. Apabila kesakitan gout yang dialami adalah sederhana, tidak kerap dan tidak serius, ia boleh dirawat dengan diet dan perubahan gaya hidup. Walau bagaimanapun, apabila serangan menjadi kerap, tahap asid urik adalah sangat tinggi, penghasilan batu karang, pembentukan tophi atau terdapat bukti keradangan sendi, ubat-ubatan adalah diperlukan untuk merawat penyakit ini. Jadi, terdapat pelbagai jenis ubat-ubatan yang boleh mengawal kesakitan yang dialami.






Ubat Untuk Serangan Akut

>> Ubat anti-inflamatori bukan steroid
Ubat-ubat ini kerap digunakan untuk merawat serangan akut, misalnya diclofenac, indomethacin dan ketoprofen. Ubat-ubat ini diberi untuk melegakan pembengkakan dan kesakitan. (Catatan: Aspirin harus dielakkan kerana ia mengurangkan penyingkiran asid urik dari ginjal).

>> Colchicine
Ubat ini adalah berkesan untuk rawatan gout akut. Bagi pesakit yang mempunyai gout kronik yang kerap mengalami serangan, perubahan sendi atau paras asid urik yang tinggi, rawatan untuk jangka masa yang panjang diperlukan.

>> Corticosteroids
Ubat ini hanya digunakan apabila pesakit tidak dapat bertoleransi dengan ubat anti-inflamatori bukan steroid. Ubat ini hanya digunakan untuk tempoh yang pendek.

Ubat Untuk Rawatan Jangka Masa Yang Panjang

Ubat-ubat ini dicadangkan apabila pesakit mempunyai beberapa serangan gout akut atau apabila hiperurisemia adalah disebabkan oleh defisiensi sesetengah metabolik semulajadi.

>> Ubat uricosuric, contohnya probenecid dan sulphinpyrazone
Ubat-ubat ini meningkatkan penyingkiran asid urik dalam air kencing dengan menghalang penyerapan semula asid urik dalam ginjal.

>> Penyekat xanthine-oksidase, contohnya allopurinol-penyekat enzim
Allopurinol ialah ubat pilihan bagi pesakit tua dan pesakit yang mempunyai sejarah gangguan ginjal dan gout tophaceous. Ia menhalang pembentukan asid urik. Kedua-dua ubat tersebut tidak harus dimulakan ketika serangan akut tetapi beberapa minggu selepas serangan akut. Setelah dimulakan, ia harus diteruskan untuk mencegah serangan yang seterusnya.

Banyak ubat-ubatan yang boleh diambil untuk mengawal kesakitan yang dialami oleh pesakit Gout. Tapi Adakah ubat-ubatan tersebut mampu mengawal kesakitan yang anda alami untuk selamanya?




Ada MASALAH Gout?
sms/whatsapp/call : 019-903 1353
Tanya saya, Zainudin Daud

No comments:

Post a Comment