Powered By Blogger

Sunday, 24 May 2015

JANTUNG





1. Jantung adalah otot ciptaan Allah SWT yang paling kuat bekerja dalam badan. Saiz jantung sebesar penumbuk sahaja.

2. Tidak seperti otot pada mata, mulut dan lain-lain anggota badan, jantung bekerja siang dan malam tanpa henti. Jantung tidak mengenal erti jemu dan penat.

3. Ia mula berdenyut ketika fetus berusia 8 minggu dalam kandungan ibu.

4. Secara purata, jantung berdenyut sebanyak 2.5 billion kali dan mengepam hampir 50 juta gelen darah apabila kita mencapai usia 70 tahun.

5. Jantung berdenyut 100 kali seminit atau kira-kira 140,000 kali sehari. Jantung juga mengepam lebih kurang 1,900 gelen darah ke seluruh tubuh badan dalam jangka masa 24 jam.

6. Jantung umpama karburator kereta, di mana tanpa karburator, kereta tidak akan mampu untuk bergerak.

7. Denyutan jantung juga adalah di luar kawalan kita. Ia bergerak tanpa diminta dan berhenti tanpa disuruh.

8. Jantung mengalirkan darah ke seluruh badan dan juga kepada jantung itu sendiri.

9. Jantung mendapatkan bahan tenaga pukal berbentuk oksigen dan gula dari salur darah koronari pada permukaan jantung.

10. Tisu khas pada jantung yang di kenali sebagai 'pace-maker' adalah pengerak utama denyutan jantung.

11. Terdapat 3 salur darah koronari utama pada jantung kita yang mempunyai kebarangkalian tersumbat.

----------------" Kereta jika karburator rosak dan tidak boleh dibaiki, boleh diganti dengan karburator baru. Tetapi jantung kita, tiada galang gantinya. Pelihara dan sayangilah jantung kita dengan menjaga apa yang kita makan, jangan makan ikut nafsu, bersenam dan berikan jantung makanan jantung. Seperti mana kita menjaga sebuah kereta dengan mengantikan minyak enjin, menambah minyak brek bila dah kurang, pam angin tayar bila tayar dah mula kempis, servis kereta bila sampai masanya, cuci dan polish kereta supaya sentiasa cantik berkilat. Begitu jugalah penjagaan terhadap jantung kita malah sepatutnya lebih lagi. Jika kita sangat perihatin dengan penjagaan kereta, kita perlu lebih perihatin dengan jantung kita kerana tanpa jantung yang berdenyut, kita pasti sudah tiada di dunia ini. Wallahualam."---------




Ada masalah gout?
call/ whatsaap 019 9031353
tanya saya, zainudin.

No comments:

Post a Comment