Powered By Blogger

Sunday, 10 May 2015

Penawar GOUT daripada AIR ALKALI (PART I)








Apa itu air alkali?

Air alkali adalah air yang telah mengalami proses penambahan ion hidroksida iaitu (OH-) dan ion calcium ataupun oksigen dan ion mineral alkali seperti (sodium, potassium, magnesium dan calcium). Proses penghasilan air alkali ini akan meningkatkan kandungan mineral dalam air dan pH air akan meningkat tinggi sehingga 9.0-10.6 pH. Air alkali yang keluar dari penapis perlu diminum secepat mungkin atau dua hari selepas di tapis untuk mendapat kesan yang optimum. Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan. Air Zam Zam adalah air minuman yang terbaik kerana bersifat alkali dan mengandungi banyak mineral.


Kenapa Kita Perlukan Air Alkali ?


Air beralkali adalah berbeza dengan air yang biasa kita minum dimana air alkali mengandungi kandungan ion negative yang tinggi serta memiliki tahap didih, kepekatan dan ikatan molekul yang berbeza dengan air paip. Keadaan ini menyebabkan air alkali mampu menyerap masuk ke dalam sel 3 kali ganda lebih cepat berbanding air paip. Struktur molekul yang lebih kecil mampu meningkatkan proses pembuangan toksik yang lebih efektif.

Ion alkali iaitu (OH-) dan ion calcium adalah sumber anti-oksida yang sangat kuat dan apabila ia dalam bentuk cecair bahan ini mampu masuk terus ke dalam sel dan meneutralkan radikal bebas tanpa perlu mengalami proses metabolisma, tidak seperti pil vitamin C, vitamin E dan sebagainya.

Air alkali juga meneutralkan asid dalam badan dan menyeimbangkan pH badan iaitu (6.9 – 7.2). Badan kita memerlukan nisbah keadaan asid : alkali yang seimbang iaitu pada nisbah 4 : 1 ( 4 bahagian alkali dan 1 bahagian asid ) atau 80% alkali dan 20% asid. Makanan yang kita makan boleh terdiri dari asid atau alkali, dan makanan ini apabila di akhir proses penghazaman akan meninggalkan hampas ataupun yang dinamakan (end product). Hampas ini boleh terdiri dari alkali atau asid bergantung pada kandungan mineral yang terdapat dalam makanan.

Apabila badan kita melalui proses metabolisma, makanan tadi akan dibakar untuk mendapatkan tenaga dan sebahagiannya akan disimpan menjadi asid lemak dan asid lemak tadi disimpan di beberapa tempat biasanya dibahagian bawah kulit, peha, tisu dan organ. Apabila pengumpulan asid lemak ini berlebihan maka keadaan ini akan menggangu pH darah kita dan keadaan ini dinamakan asidosis.

Asidosis kemudiannya menggangu perjalanan sistem kelejar dan fungsi organ. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit. Asidosis akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti arthritis, darah tinggi, sakit kulit, dan penuaan. Ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang beralkali iaitu dengan nisbah alkali – asid 4:1 dan pengambilan air yang banyak.

Secara ringkasnya, khasiat-khasiat minum air minuman alkali berion adalah:

  • Membantu sistem perkumuhan menyahkan sisa metabolisme dan menjana oksigen untuk kecergasan.
  • Bertindak sebagai anti-oksida, menuetralkan radikal bebas (free radicals).
  • Bebas dari pencemaran dan kuasa penyerapan dalam badan adalah tinggi galian dalam bentuk ionik untuk memudahkan diserap dalam sistem penghadaman.
  • Menjana oksigen dengan limpahan tenaga untuk kecergasan.
  • Menyahkan toksik dalam badan.
  • Bertindak sebagai anti oksidan.
  • Kuasa penyerapan dalam badan adalah tinggi kerana molekul airnya halus dan kandungan mineral adalah dalam bentuk ion.
  • keseimbangan paras pH dalam badan untuk pembentukan sel-sel sihat.



Ada masalah Gout?
Call / whatsapp 019 9031353
Tanya saya, zainudin

No comments:

Post a Comment